Saturday, November 7, 2009

SAT....11 hours ago..

Salam..

Ok, exactly 11 jam yang lepas, saya telah mengambil SAT... :) SAT ialah sebentuk acronym ye, yang dipanjangkan menjadi Scholatics Aptitude Test. SAT dikawal rapi oleh 'College Board' dan para pembaca boleh mengambil untuk menduduki ujian ini melalui laman sesawang www.collegeboard.com serta perlu ye (penting) untuk membayar $50.00

Wah-wah-wah, panjangnya intro..kataku pada diri sendiri. Ok, SAT kali ni memang best!!!! Serious.. Mungkin kerna rezeki kot. SAT ada tiga kemahiran diuji, Math, Writing Skill dan Critical Reading.

Writing ada bahagian yang test untuk essay. Essay untuk SAT kali ini ialah : rahsia (sebab dah tulis kat dalam answer sheet untuk tidak membincangkan soalan essay dalam apa bentuk selagi markah tidak diperolehi..) Tapi apa yang menggembirakan saya ialah, untuk julung kali, saya memahami ayat demi ayat yang diatur di dalam persoalan essay :) . Tak sangka sungguh. Selalunya ada je perkataan dalam soalan essay yang mengerumutkan kepala.

Untuk Math, alhamdulillah ok!...

Untuk Critical Reading, kan ada 3 bahagian kan.. Alhamdulillah jugak, first time ler semua passage dapat difahami. Mungkin kerana tumpuan yang diberikan tidak berbelah bahagi, atau mungkin memang passage tue memang general passage, meaning takdela yang berkaitan dengan terminologi yang tidak fahami, lagi-lagi dihiasi dengan perkataan-perkataan SAT.

Tapi, jika saya hendak memberi anda semua nasihat, sebelum ambil ujian, please ler jangan melebihkan kandungan air didalam badan dengan mengambil apa-apa jenis cecair. Hal ini kerana, apabila kandungan cecair didalam badan meningkat, maka secara biologi, tekanan osmotik meningkat dan secara langsung merembes hormon untuk merangsang pundi kencing untuk membuang lebihan air agar kandungan cecair di dalam badan kembali seimbang. Dan untuk merumitkan keadaan, waktu dikawal dengan begitu ketat sehinggakan 5 minit boleh membuatkan begitu berharga.

Jadi, secara tuntasnya, ingin saya perihalkan, SAT memang best.. Nak-nak jumpa dengan 3 wanita INTI, marangkap kawan, iaitu Yuhanis, Hiera dan Nana (diatur mengikut susunan dijumpai)

Sekian.. Harap maklum.

Friday, November 6, 2009

Special Perfume on Store.. NOW!!!

Bailey : I'm gonna give you my secret weapon of doing well in school.

London : Ho!

Bailey : (Giving a perfume to London)

London : Perfume that smells like donkey?

Bailey : It's made of special amino acid, vitamins and minerals that will combined, seek through the pores of your skin and act as a brain's neuron enhancer.

London : Huh?

Bailey : Stinky help you thinky

London : You mean, it has smarticle particles?

Bailey : Yes!

(The Suite Life On Deck, Smarticle Particles)

Tuesday, November 3, 2009

Math is Fun

Bailey : London, try this Math question.

London : Ok.

Bailey : Ok. A bus depart from..

London : No. I dont take bus. I have my private jet.

Bailey : Ok...So your private jet depart at 6am..

London : 6am? I never woke up such early.

Bailey : So what time do you prefer?

London : I dont know, go and ask Mr Leicester; he's my pilot.

Bailey : Ok, assume your private jet depart at noon. (In order to prevent London from interrupting) You'd have lunch on your jet.

London : What's for lunch?

Bailey : Urghhhh


(Excerpt taken from Disney's The Suite Life On Deck)

Epal

Semalam ke pasar membeli epal.

Sunday, November 1, 2009

Review....

Salam people of the world,

Ok, lama dah x blog kan, kan, kan... Jadi hari ini beta nak review sikit apa yang terjadi pada hari-hari kebelakangan ini...

Beta mula dengan bulan yang terakhir diupdatekan blog ini..

Julai - Nothing much pun berlaku...(bosannye...)
Ogos - Merdeka??!.. n Final exam....pastu cuti 3 minggu...
September - Sem baru...Sem 4, last sem untuk tahun nie..
- Daftar untuk Stat n MPW
Oktober - Belajar n final exam... :)
November - Sekarang!!!...:)

Tue je untuk hari nie..penat dah

Tuesday, June 23, 2009

This was Never the Way I Planned.....

Penatnye...!

Psycho MidTerm, Psycho Assignment, Homework Chem, Assignment Chem, Lab Report Chem, n Prepare Lab for Chem...Aduih,,,penatnye... Psycho MidTerm nie, x tau la camno gayanya...Ade 8 chapters kene baca, nak habiskan 2 chapters pun payah... :( Tinggal sehari je lagi nie... Hurm....

Chem hari nie pula, banyak betul yg Mr. Lim bagi, tapi best jugak buat organic chem..Tapi disebabkan psycho x habis baca lagi...terus xdok mood nak wat Chem lagi...(Dalam xde2 mood, at least dah siat 4 soalan dah....weeeee)

Okla...Ngantuk dah...ye2, x insomnia da..

Tata, salam...

Sunday, June 21, 2009

TOEFL.....alhamdulilah...

Ye-ye...TOEFL dah habis...Alhamdulillah...best jgak, sebenarnye, dari start daftar lagi dah rasa excited sngat2...!!...Malam sabtu, lagi la, excited sangat sampai susah nak tidur....

Anyway, seperti yang diberitahu, ini pengalamanku...

Bangun, lepas Subuh, tidur jap, bangun balik pukul 8.30am...

Mandi, siap, pakai baju cantik-cantik, seluar lawa-lawa, comel-comel sikit, then pukul 9 bertolak ke Poliklinik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah..

Daftar pukul 9.30am, ambik number, 3A...then masuk bilik, eh, jap, sblum tue, kene tulis sumthing, mcm perjanjian la...jgn bocor rahsia, menda2 tue..then masuk, check semua2, ambik gambar...masuk, n start exam...

Ada 4 section, mula dengan Bismillah la kan...hehe...Ok, start dgn Reading, pretty much ada 3 mcm sub-bahagian, 1st tue ada 1 perenggan, baca n jawab, yg second and third, ade 2 perenggan, baca n jawab...Ok jgak la...Best!!!

1st Passage -
2nd Passage - Venus and Earth
3rd Passage - Mosoamerica and Sedentism
4th Passage - Mesopotamia Civilization
5th Passage - Natural Selection

Second task, Listening...Ada 6 task kesemuanya..

1st Task - Visiting Professor
2nd Task - Art History
3rd Task - General Biology
4th Task - General Problem
5th Task - Sound of Animals
6th Task - Economics

Pastu, compulsory rehat 10 minit, sebelum bermula fasa Speaking..Ada 6 part..

1st Part - Describe any character, can be from movies, books, or series, and why you choose it.
2nd Part - Do you agree on 'Students need to take extra subjects, different from their major, in order to graduate from college/university'. Give your stand.
3rd Part - State your recommodation on the problem arise from the given notice and talks. (about broken computer, either need to do the whole assignment again, or to wait for friends to repair the computer)
4th Part -
5th Part - Coral Reef
6th Part - Sense of Fairness

Last part of the day, Writing...2 sections.

1st Section - Summary comparing chimpanzee and bobova
2nd Section - Argumentative style. Do you agree, 'Technology brings about a simpler lives to more complicated lives'.


Sekian.....

Saturday, June 20, 2009

Insomnia....?

Kenapa tak boleh tidur nie....dah pukul 4.35am dah... Oklah, sbb xleh tidur punya pasal, jom recap ape yg dah terjadi mahupun yg bakal terjadi... First skali, early2 in the morning lagi, dah bangun kul 9.10am...sebabnye, tiba2 pas Subuh, kene mild gastric, xleh dak bangun tidur dak... So, Mr. Chan, sorry ye...

Then, makan nasi lemak tengahari jap, itupun x selera sngat... Pastu, petang ada Test 1 Calculus... Hopefully boleh lepas Calculus kali nie...InsyaAllah...amiin.. Pastu, balik trus Subang, naik KTM... bukan Keretapi Tengah Malam, or Keretapi Terlambat Malaysia ye adik2... huhu...

Sampai rumah, kul 12.11, sbb singgah makan kat Pelita, Nasi Kandar dulu...Then, sampai la xdpt tidur.... Haih, insomnia ke aku nie?... Ke pasal terlalu memikirkan Calculus sngat....Oh Tuhan... Besok nie ade TOEFL....Mudah-mudahan boleh la jawab...

Nantikan post seterusnya, yang akan menceritakan segala-galanya tentang TOEFL...

Saturday, June 13, 2009

Riwayat Kamil : Al-kisah General Chemistry 2

Khamis - INTI NILAI, Test 1 Chem baru-baru ini telah diadakan di RC-L20, pada jam 6.10pm sehingga 8.10pm. Kertas yang berdurasi selama 2 jam itu telah menyaksikan pelbagai reaksi dari para pelajar setelah selesai menjawabnya. Kertas Test 1 Chem itu disediakan oleh Dr. Ooi, tenaga pengajar kelas CHEM 2 bagi section A dan B, manakala section C dan D, dimana pengajarnya ialah Dr. Palsan, mungkin bertindak sebagai pemerhati untuk kertas soalan tersebut.

8 soalan kesemuanya perlu dijawab pelajar-pelajar yang merangkumi topik Nuclear Chemistry, Thermodynamics dan Metallurgy. Namun, berdasarkan reaksi yang diterima, dan daripada pemerhatian yang didapati, terdapat beberapa soalan yang dikemukakan, dipetik daripada buku yang disediakan oleh Dr. Ooi untuk kelas A dan B nya, dimana topik tersebut tidak dibincangkan dengan lebih jelas didalam buku teks, Ebbing Gammon, yang menjadi buku rasmi bagi kelas C dan D.

Walaubagaimanapun, menurut beberapa pelajar, mereka saling berteka-teki mengenai siapa yang bakal menanda kertas berkenaan, kerana menurut beberapa sumber, Dr. Ooi bersama-sama Dr. Palsan, tidak lagi mengajar kelas mereka masing-masing. Kedua-dua kelas ketika ini, diambil alih oleh seorang tenaga pengajar baru, Mr. Lim. Beliau dikatakan bakal memperoleh ijazah Ph.D nya dari UPM tidak lama lagi.

Namun, dari apa yang diperhati, sememangnya para pelajar mengharapkan apa yang terbaik buat kertas yang diduduki mereka.


Laporan oleh Reuters, dan dialih bahasa oleh pakar bahasa perancis, Binrus.

Friday, June 12, 2009

Kuhadapkan pandanganku ke komputer riba yang berada di depanku....Agak lama diriku tidak menghantar sebarang post2 untuk di'update'kan ke blog ini.. Barangkali aku kesibukan dalam kehidupan yang fana ini. Tapi aku yakin, suatu hari aku pasti akan menulis sesuatu dalam blog ini..

Dan hari ini, hari ini, ku putuskan untuk berkarya. Pernah aku terbaca dalam buku Psychology : Mypsychlab, bahawa manusia ini ada tiga jenis, Jenis A, Jenis B dan Jenis C. Jenis A yang suka bekerja dan tidak pernah puas dalam pekerjaannya. Mereka juga seorang yang 'perfectionist'. Tidak kisah apa yang perlu dilakukan asalkan mencapai apa yang dihajati. Kelemahan? Ada, mereka berpotensi untuk menghidapi penyakit yang berkaitan jantung.

Jenis B, yang relax, chill, tidak pernah berprasangka buruk, dan menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang diperuntukkan. Jenis ini yang kurang mengalami tekanan dan mempunyai taraf kesihatan yang unggul. Jenis C pula, yang memendam perasaan dalam hati. Pada mula, aku beranggapan Jenis C ini yang terbaik, kerana tidak menyusahkan orang, tetapi, menurut statistik dan kajian, jenis ini yang kebiasaan mengalami penyakit kanser, nauzubillah...

Kaitannya dengan aku? Rasanya ada perkara yang boleh disimpan, ada yang boleh dikongsi untuk kemaslahatan bersama. Rasanya sudah cukup ku memendam rasa, kadang2, nampak tenang, tapi batin terseksa. Kadang2 aku melihat manusia-manusia berkejar-kejaran di dunia, entah mencari apa yang sangat didahagakan. Bukankah kita hanya hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya? Namun, aku masih tetap percaya, dalam diri setiap insan, walau sekelat mana hatinya, masih ada rasa cinta yang terselit. Mungkin cintanya itu sudah diabdikan untuk Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Pada diriku, kadang2 perasaan itu masih ada, walaupun sebenarnya sudah lama aku berkecil hati....

"Arakian sejarah menjadi saksi,
Dalam selasih balut paling ngeri,
Tak mampu digapai oleh khayalan insani,
Dalam bebayang mimpi berseri,
Namun, tamu di kalbu cuma dinaluri."
Tulus ikhlas..
1200 dinimalam 14Jun

Friday, May 8, 2009

Minggu ke-19

Salam...

Ok, kali nak nak citer pasal Minggu ke-19 dalam tahun 2009 nie...ape yg special sngat??... Semester Baru bermula...dan bermula la episod baru...

Episod 1 - Hari Isnin

Hari isnin, nie.. x byk sngat yang jadi.. setakat beratur berdiri untuk 3 jam, (for enrolling), xde pape sngat pun... Anyway, last minute, kene withdraw Microecons n tukar with Psychology, setelah menjalani sesi perbincangan (sambil ade yang berdiri, dan ade yg duduk) dengan rakan-rakan seperjuangan, misalnya Lavinia, Alyaa (again, bukan penyanyi tu ye...), Ainna (congrats ye, n good luck later), Faiz, dan Harith, and Amir (kang merajuk pulak die...).

So, lepas dah enrolled dengan Ms Dorothy, berangkatlahku menuju puncak B3 L-berapa ntah, nak masuk kelas Dr. Palsan for Chem 2,...alih2.. kelas dah dismissed... herm..xpela... detik hati kecilku...pasnie ade kelas lagi.. huhu...then kelas Mr. Chan, Calculus, n last for the day, Ms Bianca untuk Psychology, btw, kesempatan nie ditujukan khas buat Athirah, sbb pencetus idea untukku mengambil Psycho this sem..(ha, ape lagi, dah org bagi credit, leave la comment ye...)

Episod 2 : Hari Selasa

Satu kelas je hari nie, Chem 2, mcm2 ada dalam fikiran, camne rupa cikgu, brape ramai satu kelas, n yang paling penting, siapa yang bakal memikul tanggungjawab kelas wrap..haha.. class rep ler... Anyway, saje la nak habaq, duduk di sebelahku time kelas Chem, ialah....Izarin..(sebut jugak name ko..finally...huhu)

Ok, then..habis kelas... btw, jumpa Mr. Koong.....:) Kalau Mr. Koong bace blog nie....Mr. Koong sihat?

Episod 3 : Hari Rabu

Hari Rabu, quite hectic..tapi sebab Art je... 4 jam direct..Pagi2 dimulakan dengan Solat Subuh.. of course la kan.. then kelas Psycho, pastu Art untuk 4 jam..n sebelah aku, Izarin jugak...(yes, dah 2 kali dah sebut...!) Penat la duduk lame2, n memang mengantuk jugak...nasib baik gi BTN, ade jugak hikmah dgr ceramah lame2...at least, dpt practice untuk Art... :)

Haaaaah.. lega dah habis Art...huhu..:) Then, keluar jap...

Episod 4 : Hari Khamis

Lepas Subuh, tidor, n bangun balik kul 12..dah 2 hari ashik tidur pukul 2am.. Anyway, mmg lega dpt tido lame skit...then pukul 4 ade kelas Calculus ngan Mr. Chan... x sangka la same kelas ngan Wafi, Fatah, Harith, Azman.. n, Gurpreet, Hanisah, Humaira, Auzy, Nadiah.... Gabungan muka2 lama dan muka2 baru... :)

Then, hari pun habis.... tiba2...

Episod 5 : Hari Jumaat

Eh2, dah Jumaat..seronoknye... btw, sambung tiba2.. terjumpa Amir kat Gents sekitar pukul 2.00-2.30 pagi..dan berikut adalah perbualan kami :

Kamil : Eh..?!!
Amir : Oi... (yela, xkan dalam toilet nak bagi salam..)
Kamil : X tido lagi...
Amir : Baru pas habis birthday Fatah...Apsal x join tadi..
Kamil : X nak la..x kene jemput... (Anyway, selamt besday Fatah...)
Amir : Ko x tido lagi?
Kamil : X..lapar la..jom gi makan...
Amir : Ha..ok jgak tue..jom..nak makan mane
Kamil : Aku nak makan chapati je..(sebenarnye salah sebut, nak roti naan) kat Palma je..
Amir : Ok, jom...

Then, kiteorg tkar plan, gi As-Salam...

Balik hostel, tido, bangun kul 6.30, btw, tnx Amir sbb call aku... huhu :) Then, bersiap nak gi kelas.. then kelas habis.....:)

Sekian.. :)

Thursday, April 30, 2009

Wind of Change, Part II

The Lyrics

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers

The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

The wind of change blows straight
Into the face of time
Like a stormwind that will ring
The freedom bell for peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Wind of Change, Part I

The Meaning

The Wind of Change is a song written by Klaus Meine and sang by the Scorpion, celebrate the political changes in the Eastern Europe. Beginning with the Polish Round Table Agreement ; a contract achieved to defuse the growing of social unrest, later the fall of Berlin Wall, which symbolic the dissolution of the Iron Curtain between the Western Europe (anti-communist) and the Eastern Block (communist). This two occurrence later would bring about a tremendous affect on the fall of the USSR and the clearly imminent end of the Cold War.

With the fall of the great communist block -USSR, many new countries achieved their independent state, and, with the ending episode of the Soviet Union, the Cold War between them and the United State, has come to a stop.

Back to the lyrics, most people would get confused with the opening

The Moksva is the name of a river that runs through Moscow, the capital of Russia, or then known as the Soviet Union, and Gorky Park is the amusement park located in Moscow as well. Those lyrics are written based on the experience of Klaus Meine when they (he and his band) visit Moscow in 1989. With the collapse of the USSR, the 'wind', ie the politics and government of the Union are restructured

The army of the Soviet is indicated here to symbolize the reign of the Union is coming to an end with their last marching, as they listened to the 'wind' that changes the structure of the Block.

In the next verse, it is hoped that the people of the country, be it a Soviet country or the Soviet-independent countries, to keep the peace of their respective country so that there will be no more wars.

With the dissolution of USSR, many hopes are being built, and dreams are being implanted within the children, to see their having a better future. Where the children of tomorrow dream away, In the wind of change : With more freedom to choose the political power to run their respective country, there will be new hope for the children or the people itself to shift their future into a more excellent way.

As with the fall of the USSR, all the memories during the ruling of the Soviet are forgotten and left behind, so a new chapter of life could be created without any influence of the union.

With the dissolution of the USSR, it gives a new chance for the world, particularly the countries being set free, to shape their own future. It is as if there's an enormous wind that blows up the freedom bell to ring. Balalaika is a stringed instrument, originated from Russia, that is triangular in shape. Klaus Meine purposely choose the instrument as it originated from the nation that once, hold the greatest power in the world.




Salam...

Ok, sesi kali nie, kita kenali Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya....Dibina kat SS15, dan dirasmikan pada 11.Mac.1988 oleh Sultan Selangor time tue la..So, dah agak2 21 tahun la masjid nie ade bertapak kat Subang Jaya (kene sebut Subang Jaya, ade org marah kalau kata Subang je...) dan insyaAllah la berdiri sampai bebile...

Bessst masjid nie...Ade 2 tingkat, ade dataran, taman, btw, Sari Yanti kahwin sini la..(betul ke eja nama die?..) ha!, n satu lagi, ade swimming pool n satu lagi, ade kiosk...xcaye, layari gambar2 nie...















Pintu Gerbang Utama




Antara menara-menara (bukan menara bangsa yee..) yang ade, xingat la ade brape..huhu maybe 4-6 kowt...



Tempat yang paling besst, except kat dalam masjid la...
cantik gile kalau dok kat sini time waktu Asar, time matahari nak dekat2 terbenam dah...










Nie la swimming pool tue a.k.a. kolah untuk air sembahyang

Kiosk 1 : e-derma, e-zakat..

Kiosk 2 : e-derma,

Tangga nak gi Tingkat 2 (semuanya ade 4)



Selalunya tingkat 2 nie penuh time sembahyang Jumaat, populasi time hari Jumaat 60% budak-budak (terutamanya budak sekolah agama) & remaja sekolah menengah dari pelbagai pelusuk sekolah.


Ground Floor






Nie plak kat bahagian dalam...







"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang" (An-Noor, 36)
Btw, masjid sekarang ade site baru, www.mdesj.net & www.mdesj.blogspot.com
Wasalam...

RESULTS dah kluar!!!!!

Salam....

Hari baru, 30 April 2009, last day of the month, dimulai dengan episod baru...Result dah kluar..sape2 yg blum check,,, check la kat eramis... btw, jgn lupa tekan past semester kat atas Semester Grade Report tue ye...

Anyway, result semester nie..Alhamdulillah, syukur kepada Allah...expectation mengena la...terutamanya Calculus 2.. So, kesempatan nie diambil untuk mengucapkan ribuan thanx kepada pensyarah2, Mr. Chan.. for Bio 2, Miss Nisha and Chem 1, Mr. Yeap..

Cuma, kusangka hujan di tengah hari, rupanya panas sampai senja...Malaysian Studies aku...cikgu Raymond dah x sayang aku lagi ke?... persoalan demi persoalan timbul... haih.. tp xpe la.. da rezeki tertulis sebegitu..yang penting, kalau nak/kene ulang sejarah, pastikan, ia lebih baik dari semalam...

Ok, sekian...wasalam..

Tuesday, April 28, 2009

Arak--10 Golongan yang Dilaknat...

Rasulullah S.A.W. telah melaknat 10 golongan manusia yang berkait dengan Arak, dan 10 GOLONGAN itu ialah:

  1. Orang yang memerahnya
  2. Orang yang meminta diperahkan
  3. Orang yang meminumnya
  4. Orang yang membawanya
  5. Orang yang meminta dihantarkan kepadanya
  6. Orang yang menuangnya
  7. Orang yang menjualnya
  8. Orang yang makan harganya
  9. Orang yang membelinya
  10. Orang yang meminta dibeli untuknya

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Laki-laki & Wanita

BERATNYEEEEE

WANITA
  • Aurat mereka lebih susah dijaga berbanding kaum lelaki
  • Kalau hendak keluar rumah, perlu meminta izin suami
  • Harta pusaka yang diterima dari Hukum Faraid, lebih sedikit daripada abang-abangnya atau adik-adik lelakinya
  • Kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  • Wajib taat pada suami
  • Dalam bab ibadah, wanita secara teorinya kurang jumlahnya berbanding lelaki, sebab, masalah Haid dan Nifas serta Wiladah yang kaum lelaki tak alami

LELAKI

  • Aurat memang senang sangat nak dijaga (tu pun ade yang x boleh jaga jugak....)
  • Kalau hendak keluar rumah, tidak perlu meminta izin isteri
  • Kuasa talak atas tangan suami
  • Kaum lelaki mendapat harta pusaka at least setengah lebih banyak dari pihak perempuan, mengikut Hukum Faraid
  • Tak perlu taat pada isteri
  • Tidak mengalami masalah Haid, Nifas, Wiladah, kepayahan mengandung atau melahirkan anak, therefore, theoritically, banyak la jumlah ibadat kan..

Tapi..............pernah tak lihat sebaliknya???

  • Wanita perlu taat pada suaminya, dan suaminya wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih UTAMA dari bapanya...dan bukankah ibunya itu seorang wanita?
  • Wanita mendapat harta pusaka lebih sedikit daripada lelaki, tetapi, harta yang diterima wanita adalah hak peribadinya, manakala harta yang diterima lelaki adalah untuk menyara isteri dan anak-anak
  • Ketika bersusah payah melahirkan anak, segala haiwan, setiap malaikat dan seluruh makhluk Allah mendoakan kesejahteraan mereka, dan jika ditakdirkan Allah, matinya seorang ibu melahirkan anak, dikira syahid kecil dan segala dosanya (dosa kecil) diampunkan Allah

dan....

  • Di Akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara (adik-beradik) perempuannya. Manakala seorang wanita, tanggungjawabnya dipikul bersama oleh 4 lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara (adik-beradik) lelakinya.
  • Seorang wanita yang mentaati suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan menerima habuan pahala yang sama dengan kaum lelaki yang pergi berjuang fisabilillah.
  • Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya dengan 4 syarat : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.

Wasalam...

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" (Ali-Imran, 104)

Monday, April 27, 2009

tahukah KAMU....?

Tahu tak...

1. Sel darah merah hanya mampu untuk hidup selama 120 hari, sbb tue, kalau derma darah, gap untuk menderma mesti at least da 3 bulan...

2. Iridologi ialah pembelajaran tentang iris mata.

3. Rambut ialah tisu yg paling cepat tumbuh.

4. Hanya dengan menderma 500mL titik darah, insyaAllah 4 nyawa dapat diselamatkan.

5. Madarosis ialah simptom kehilangan bulu mata.

6. Bola mata manusia mempunyai berat 28g.

7. Sesaat, 2juta sel darah merah mati.

8. Sekali dalam 36jam, dinding perut akan diganti dengan sel-sel yang baru.

9. Dalam 6.45 cm persegi, manusia mempunyai 19 juta sel.

10. 'Pain Killer' yang paling berkesan : Ketawa (tp jgn terlebih-lebih).

11. 39.92 kg Oksigen diperlukan manusia sehari.

12. Jantung wanita berdegup lebih laju berbanding lelaki.

13. Berat jantung hanya lingkungan 0.45kg.

14. Rambut beruban kerana pigmen Melamin tidak lagi dihasilkan oleh sel yang berkenaan.

15. Panjang esofagus manusia ialah 25cm.

16. Trimester pertama semasa mengandung tidak dirasai oleh wanita secara fizikaliti.

17. Tulang peha, Femur lebih kuat daripada konkrit besi, dan ianya berlubang (hollow).

18. Kepelbagaian warna kulit manusia di seluruh dunia disebabkan penghasilan pigmen Melamin.

19. 400 spesis bakteria hidup bersama-sama manusia di kolon (usus besar) manusia.

20. Menguap selalunya berpanjangan selama 6 saat.

Kem BTN 2009

Salam....

First post nie... huhu...kat blog nie la..sblum nie ade, tapi..hurm.. biarlah rahsia je ler...

Ok, kali nie (ceh, padahal baru 1st time tulis blog kat sini nie...huhu :) ) pasal Kem BTN. Arakian, pada 20-24 April 2009, aku telah la gi Kem BTN..best..GILER... Malam sebelum tue lagi da excited, xcaye tanye Hanisah, sempat ym lagi ngan die... huhu... Anyway, back to the future, excited tue sebenarnyo pasal xsabar nak tgk budak2 INTI kembali berpakaian kepada alam yg bertamadun, ala, menutup 2/3 daripada anggota badan..

Ok, aku naik bus dari INTI Subang kul 10.30am, sampai 11.30am kat Nilai nue... sampai2 je, jumpa Amir, ngan muka sedey, aku gi astro ceriakan die... maybe die sedey sbb xsame grup ngan kiteorg kowt..Btw, ade 2 kumpulan, yg gi Meru, Klang, n yg gi Tanjung Rhu, Sepang... So, bus yg gi Klang bertolak lambat skit,.. n dlm kul 12, kiteorg pun naik la bus... Duk sblah Syahmi, dihadapan Ainna n Alyaa (bukan penyanyi tu ye...!) Anyway, untuk perjalanan selama 2jam setengah, selepas sesat jap, untuk 1st time, aku xtido dlm bus...semuanye gara2 Mikhail... nak tau ape tue.... nanti la aku blog pasal tue..

Ok, sampai2 je kat Kem, dah kene beratur, berbaris bertiga-tiga,..msuk dewan, dgr sikit ceramah.. gi makan, tgk dorm, turun sembahyang Zohor, dgr ceramah balik, naik atas, siap untuk sembahyang Asar, ceramah LAGI, then makan malam, pastu sembahyang Maghrib., pastu buat raptai untuk ape ntah, n yg paling best, nyanyian Lagu Menara Bangsa.. (kalau ade kesempatan, aku terjemahkan makne lagu tue yek...) Then Isya' , pastu, sambung ceramah balik, kali nie pasal Tanah Air, pastu supper, pastu tido.... keletihan....

Btw, before tido, nak list skit senarai jawatankuasa :

Penghulu - Wafiy
Timbalan Penghulu (L) - Fatah
Timbalan Penghulu (W) - Afesyuhaida (xtau la betui ke x ejaan name die..huhu...)
Timbalan Penghulu (W) - Li Lian, nie untuk bangsa bukan Melayu
Imam - Bashir
Pengerusi Ceramah I - Amirah Nadiah
Pengerusi Ceramah II - Humaira
Pengerusi Ceramah III - Michelle (bukan Michelle Yeoh)
Pengerusi Ceramah IV - Alya Nadirah
AJK Makan - Giresh
AJK Dewan - Han

Ok, masuk hari ke-2, basically, bgun Subuh, tgk tayangan video pasal Malayan Union, gi riadah, buat exercise skit n kawad (kawad mmg best, sbb xde yg berat2 sngat), makan pagi, dgr ceramah Kerajaan, (kertas kerje die pasal Kerajaan ye...), then minum skit, pastu kertas kerje 3, Rakyat, then makan t/hari, pastu Zohor, pastu ceramah last, pasal Kedaulatan. Then, sebelum riadah, Asar dulu, mase riadah, buat la physiology test...best giler!!!!! Umur physiology aku, around 35-40 kowt...tua nye.... huhu... Pas riadah, makan malam, then mandi, then Maghrib, pastu dpt Kumpulan, aku Kumpulan 2... Pastu kumpul semua dlm dewan, tgk 1957 Hati Malaya Part 1, pastu Isya', then kumpul dlm dewan, dgr instrumen lagu, jadi ala2, konduktor muzik...tp pikir2 balik, mcm terapi la plak... huhu... then naik bilik, tido...penat n keletihan...

Ok, (ashik mula ngan Ok je....hurmmm...."Ok la tue!!")... hari ke-3, dah mula masuk LDK... btw, pas Subuh, tgk citer 1957 Hati Malaya part 2... n nie la kumpulan aku... (nama dlm kurungan tue, Faci - En Zulkarnain yang panggil ye...a.k.a, name glamer)

1. Fatah (Tuan Fatah)
2. Kamil (KAMIL jeee, kadang2 Ustaz)
3. Amirah (Uztazah)
4. Anna (Anna jee...)
5. Crystal (mcm2, Bidayuh la...kesian kat Crystal kan...btw, diela Penolong Ketua Group)
6. Kah Yan (Kak Yan, mcm panggil Azean Irdawaty pulok)
7. 'Izzah (Faci panggil die macam2...xde name tetap)
8. Koo (Ku Firdaus)
9. Lai Xioshan (Lai Khadijah)
10. Boon Jim (merepek)
11. Ei Leen (biase je..low-profile..)
12. Rizmel (Ketua Group)

Ok, makne LDK, mula2 Latihan Dalam Kumpulan, then Lemah Dalam Kumpulan, last skali, Letih Dalam Kumpulan..bak kate En Zulkarnain la...Kiteorg punye Kumpulan's tema - wonderPet.. Kami tidak kuat, kami tidak besar..lalalalalalala, ape yang penting2, kerjasama-kerjasama...huhuhu.... Tapi papepun, En Zulkarnain mmg best sngat!!!!!

Btw, selain drpd rutin biase, LDK la...ade skali tue, En Azam (alaa...yg suara ala2, misteri nusantara time die ckp mase LDK last tue...) tegur aku, tanye dari mane, aku dgn bangga, jawab dari Subang, Tuan, die kemudian relax je menjawab, name die Subang Jaya dik...adus... 2 kali da kene, 1st time dgn Mr Borges...tp xpela..bukan slalu...huhu...

Ok, petang hari Rabu, setelah LDK berselang rehat dan Zohor serta Asar, tiba la time riadah, kali nie abseiling (ntah btul ke x ejaan nie, main blasah je...)... Panjat bangunan 50 kaki (15meter) pastu terjun...best!!!!!!!! Ade jgak yg xdpt buat, jadi kene buat besok pagi...Pastue Maghrib, LDK lagi, then Isya' then tido.... Btw, lupa plak, for 2km punye acara,aku berlari selama 13min 50saat....huhuhu...alhamdulillah pass....

Ok, besok pagi a.k.a, Khamis pagi, pas Subuh, ade ceramah kowt..xingat la, maybe tertukar hari,,tp yg pasti, tazkirah sehari je..... ok, pagi untuk riadah, sape2 dah hbs abseiling, menari poco-poco n chicken dance... chicken dance mmmmmmg best..poco-poco nie, first time tau, Izham yg gtau...huhuhu...

Ok, untuk hari Khamis, mcm biaso, LDK... n pas Zohor n Asar, gi Kembara...best giler..mmg relaxing, xde lumpur, tgk rimba2 hijau..sambil tgk2kan si Crystal n Anna, supaya selamat dieorg dua tue..huhu...Sampai balik kat kem, mandi, then Maghrib, pastu LDK last...best main game Batu tue..aku sempat la jadi tawanan kjap, tp dilayan dgn baik, tanpa ikatan mulut atau tangan...huhu...sbb nye ditahan..sajeje... hampeh..tp xpeler...best jgak...

Ok, malam tue blaja pengajaran yg paliing berharga - JAGA KEMERDEKAAN NEGARA then ade tayangan, pastu baru solat Isya', then tido....Bangun je besok....

Last day!!!!Pas Subuh, mmg relax giler, ade yg bace buku, nak exam...ade yg lepak...Pastue Exam... mmg best!!! pastu last ceramah, actually bukan ceramah la...more to Slot Penangguhan, dimana, semua jawatan2 ditarik balik...Pas makan t/hari, naik bus kilang... sedey kowt..balik ke INTI, sebulum tue, singgah sembahyang Jumaat kat Masjid Falah...

On the way balik...aku tido je...kesian kat Shahmi, xdpt duk sblah sbb aku tido sambil lentok ke arah seblah kerusi yg patut die duk (faham x? aku pun confius ngan kenyataan tersebut..) sorry ye...huhu..sampai INTI kul 3.30pm, naik bus balik Subang Jaya kul 5.30pm, smpai 6.30pm, A.chik n Azfa amik... Alhamdulillah...kem yg selama nie byk persepsi org ramai yg skeptikal telah pun hamba tempuhi..not bad la....Yang penting -------KERJASAMA!!!!------

HAHA...yg penting, enjoy every moment yang ade...k..jumpa lagi, insyaAllah..salam...n salam perpaduan..