Saturday, November 7, 2009

SAT....11 hours ago..

Salam..

Ok, exactly 11 jam yang lepas, saya telah mengambil SAT... :) SAT ialah sebentuk acronym ye, yang dipanjangkan menjadi Scholatics Aptitude Test. SAT dikawal rapi oleh 'College Board' dan para pembaca boleh mengambil untuk menduduki ujian ini melalui laman sesawang www.collegeboard.com serta perlu ye (penting) untuk membayar $50.00

Wah-wah-wah, panjangnya intro..kataku pada diri sendiri. Ok, SAT kali ni memang best!!!! Serious.. Mungkin kerna rezeki kot. SAT ada tiga kemahiran diuji, Math, Writing Skill dan Critical Reading.

Writing ada bahagian yang test untuk essay. Essay untuk SAT kali ini ialah : rahsia (sebab dah tulis kat dalam answer sheet untuk tidak membincangkan soalan essay dalam apa bentuk selagi markah tidak diperolehi..) Tapi apa yang menggembirakan saya ialah, untuk julung kali, saya memahami ayat demi ayat yang diatur di dalam persoalan essay :) . Tak sangka sungguh. Selalunya ada je perkataan dalam soalan essay yang mengerumutkan kepala.

Untuk Math, alhamdulillah ok!...

Untuk Critical Reading, kan ada 3 bahagian kan.. Alhamdulillah jugak, first time ler semua passage dapat difahami. Mungkin kerana tumpuan yang diberikan tidak berbelah bahagi, atau mungkin memang passage tue memang general passage, meaning takdela yang berkaitan dengan terminologi yang tidak fahami, lagi-lagi dihiasi dengan perkataan-perkataan SAT.

Tapi, jika saya hendak memberi anda semua nasihat, sebelum ambil ujian, please ler jangan melebihkan kandungan air didalam badan dengan mengambil apa-apa jenis cecair. Hal ini kerana, apabila kandungan cecair didalam badan meningkat, maka secara biologi, tekanan osmotik meningkat dan secara langsung merembes hormon untuk merangsang pundi kencing untuk membuang lebihan air agar kandungan cecair di dalam badan kembali seimbang. Dan untuk merumitkan keadaan, waktu dikawal dengan begitu ketat sehinggakan 5 minit boleh membuatkan begitu berharga.

Jadi, secara tuntasnya, ingin saya perihalkan, SAT memang best.. Nak-nak jumpa dengan 3 wanita INTI, marangkap kawan, iaitu Yuhanis, Hiera dan Nana (diatur mengikut susunan dijumpai)

Sekian.. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment