Tuesday, April 28, 2009

Laki-laki & Wanita

BERATNYEEEEE

WANITA
  • Aurat mereka lebih susah dijaga berbanding kaum lelaki
  • Kalau hendak keluar rumah, perlu meminta izin suami
  • Harta pusaka yang diterima dari Hukum Faraid, lebih sedikit daripada abang-abangnya atau adik-adik lelakinya
  • Kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  • Wajib taat pada suami
  • Dalam bab ibadah, wanita secara teorinya kurang jumlahnya berbanding lelaki, sebab, masalah Haid dan Nifas serta Wiladah yang kaum lelaki tak alami

LELAKI

  • Aurat memang senang sangat nak dijaga (tu pun ade yang x boleh jaga jugak....)
  • Kalau hendak keluar rumah, tidak perlu meminta izin isteri
  • Kuasa talak atas tangan suami
  • Kaum lelaki mendapat harta pusaka at least setengah lebih banyak dari pihak perempuan, mengikut Hukum Faraid
  • Tak perlu taat pada isteri
  • Tidak mengalami masalah Haid, Nifas, Wiladah, kepayahan mengandung atau melahirkan anak, therefore, theoritically, banyak la jumlah ibadat kan..

Tapi..............pernah tak lihat sebaliknya???

  • Wanita perlu taat pada suaminya, dan suaminya wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih UTAMA dari bapanya...dan bukankah ibunya itu seorang wanita?
  • Wanita mendapat harta pusaka lebih sedikit daripada lelaki, tetapi, harta yang diterima wanita adalah hak peribadinya, manakala harta yang diterima lelaki adalah untuk menyara isteri dan anak-anak
  • Ketika bersusah payah melahirkan anak, segala haiwan, setiap malaikat dan seluruh makhluk Allah mendoakan kesejahteraan mereka, dan jika ditakdirkan Allah, matinya seorang ibu melahirkan anak, dikira syahid kecil dan segala dosanya (dosa kecil) diampunkan Allah

dan....

  • Di Akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara (adik-beradik) perempuannya. Manakala seorang wanita, tanggungjawabnya dipikul bersama oleh 4 lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara (adik-beradik) lelakinya.
  • Seorang wanita yang mentaati suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan menerima habuan pahala yang sama dengan kaum lelaki yang pergi berjuang fisabilillah.
  • Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya dengan 4 syarat : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatannya.

Wasalam...

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" (Ali-Imran, 104)

1 comment: