Friday, June 12, 2009

Kuhadapkan pandanganku ke komputer riba yang berada di depanku....Agak lama diriku tidak menghantar sebarang post2 untuk di'update'kan ke blog ini.. Barangkali aku kesibukan dalam kehidupan yang fana ini. Tapi aku yakin, suatu hari aku pasti akan menulis sesuatu dalam blog ini..

Dan hari ini, hari ini, ku putuskan untuk berkarya. Pernah aku terbaca dalam buku Psychology : Mypsychlab, bahawa manusia ini ada tiga jenis, Jenis A, Jenis B dan Jenis C. Jenis A yang suka bekerja dan tidak pernah puas dalam pekerjaannya. Mereka juga seorang yang 'perfectionist'. Tidak kisah apa yang perlu dilakukan asalkan mencapai apa yang dihajati. Kelemahan? Ada, mereka berpotensi untuk menghidapi penyakit yang berkaitan jantung.

Jenis B, yang relax, chill, tidak pernah berprasangka buruk, dan menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang diperuntukkan. Jenis ini yang kurang mengalami tekanan dan mempunyai taraf kesihatan yang unggul. Jenis C pula, yang memendam perasaan dalam hati. Pada mula, aku beranggapan Jenis C ini yang terbaik, kerana tidak menyusahkan orang, tetapi, menurut statistik dan kajian, jenis ini yang kebiasaan mengalami penyakit kanser, nauzubillah...

Kaitannya dengan aku? Rasanya ada perkara yang boleh disimpan, ada yang boleh dikongsi untuk kemaslahatan bersama. Rasanya sudah cukup ku memendam rasa, kadang2, nampak tenang, tapi batin terseksa. Kadang2 aku melihat manusia-manusia berkejar-kejaran di dunia, entah mencari apa yang sangat didahagakan. Bukankah kita hanya hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya? Namun, aku masih tetap percaya, dalam diri setiap insan, walau sekelat mana hatinya, masih ada rasa cinta yang terselit. Mungkin cintanya itu sudah diabdikan untuk Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Pada diriku, kadang2 perasaan itu masih ada, walaupun sebenarnya sudah lama aku berkecil hati....

"Arakian sejarah menjadi saksi,
Dalam selasih balut paling ngeri,
Tak mampu digapai oleh khayalan insani,
Dalam bebayang mimpi berseri,
Namun, tamu di kalbu cuma dinaluri."
Tulus ikhlas..
1200 dinimalam 14Jun

No comments:

Post a Comment