Saturday, June 13, 2009

Riwayat Kamil : Al-kisah General Chemistry 2

Khamis - INTI NILAI, Test 1 Chem baru-baru ini telah diadakan di RC-L20, pada jam 6.10pm sehingga 8.10pm. Kertas yang berdurasi selama 2 jam itu telah menyaksikan pelbagai reaksi dari para pelajar setelah selesai menjawabnya. Kertas Test 1 Chem itu disediakan oleh Dr. Ooi, tenaga pengajar kelas CHEM 2 bagi section A dan B, manakala section C dan D, dimana pengajarnya ialah Dr. Palsan, mungkin bertindak sebagai pemerhati untuk kertas soalan tersebut.

8 soalan kesemuanya perlu dijawab pelajar-pelajar yang merangkumi topik Nuclear Chemistry, Thermodynamics dan Metallurgy. Namun, berdasarkan reaksi yang diterima, dan daripada pemerhatian yang didapati, terdapat beberapa soalan yang dikemukakan, dipetik daripada buku yang disediakan oleh Dr. Ooi untuk kelas A dan B nya, dimana topik tersebut tidak dibincangkan dengan lebih jelas didalam buku teks, Ebbing Gammon, yang menjadi buku rasmi bagi kelas C dan D.

Walaubagaimanapun, menurut beberapa pelajar, mereka saling berteka-teki mengenai siapa yang bakal menanda kertas berkenaan, kerana menurut beberapa sumber, Dr. Ooi bersama-sama Dr. Palsan, tidak lagi mengajar kelas mereka masing-masing. Kedua-dua kelas ketika ini, diambil alih oleh seorang tenaga pengajar baru, Mr. Lim. Beliau dikatakan bakal memperoleh ijazah Ph.D nya dari UPM tidak lama lagi.

Namun, dari apa yang diperhati, sememangnya para pelajar mengharapkan apa yang terbaik buat kertas yang diduduki mereka.


Laporan oleh Reuters, dan dialih bahasa oleh pakar bahasa perancis, Binrus.

No comments:

Post a Comment